Taksonomi Chelodina burrungandjii

Pada mulanya, populasi dari wilayah Kimberley juga disenaraikan ke dalam spesies ini.[1] Kemudian spesies Chelodina walloyarrina (McCord dan Joseph-Ouni 2007:59)[4] diangkat dan disinonimkan dengan Chelodina burrungandjii,[3] yang kemudiannya kini disahkan sebagai spesies asing.[2] Haiwan ini mempunyai pertalian dengan Chelodina walloyarrina, Chelodina oblonga,[1] Chelodina expansa, Chelodina kuchlingi dan Chelodina parkeri yang kesemuanya membentuk subgenus Macrochelodina[5] yang bersifat piskivor, berplastron kecil, kaki belakang besar, kepala rata dengan mulut yang lebar. Mereka berbeza berbanding subgenus Chelodina yang mempunyai plastron sempurna, leher lebih kecil dan tidak menerkam mangsa.[6] Kumpulan terakhir dari Chelodina ialah Macrodiremys mengandungi satu-satunya spesies, iaitu Chelodina colliei dari selatan-barat Australia. Spesies ini lebih hampir dengan Hydromedusa.

Rujukan

WikiPedia: Chelodina burrungandjii http://www.carettochelys.com/pdf-library/thomson_e... http://www.mapress.com/zootaxa/2010/f/zt02496p037.... http://reptile-database.reptarium.cz/ http://reptile-database.reptarium.cz/species.php?g... http://www.boldsystems.org/index.php/TaxBrowser_Ta... http://www.chelonia.org/Articles/longneck_flathead... http://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=104... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://www.iucn-tftsg.org/wp-content/uploads/file/... http://treatment.plazi.org/id/9ED87724-A111-DD3E-B...